Pihak polis turut merampas wang tunai berjumlah RM 60,000, 174 keping cek pelbagai institusi kewangan bernilai RM 2,230,306.70 dan lain – lain dokumen permohonan pinjaman.
Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 29B(1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan hukuman yang diperuntukkan adalah denda tidak kurang daripada RM 50,000 dan tidak melebihi RM 200,000 atau penjara untuk tempoh tidak lebih 15 bulan dan juga sebatan untuk kesalahan berikutnya.
Bagi mana-mana syarikat dan individu yang masih berdegil memberi pinjaman kewangan walaupun tidak mempunyai lesen, telah luput, digantung atau dibatalkan, mereka boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 5(2) APPW dan denda minimum RM 250,000 atau penjara lebih 5 tahun.
