Polis Tumpas Geng Miswan Selesai 16 Kes Samun
Polis Tumpas 'Geng Miswan', Selesai 16 Kes Samun
Melaka, 12 April - Polis berjaya menumpaskan 'Geng Miswan' yang aktif menyamun warga emas dan penghantar surat khabar dengan penangkapan 11 suspek termasuk ketuanya Selasa lepas.
Ketua
Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata kesemua
mereka yang berusia antara 13 dan 21 tahun termasuk empat gadis itu,
diberkas di kawasan Taman Alai Perdana dan Taman Melaka Raya.
Kumpulan
ini yang dipercayai diketuai seorang remaja lelaki berusia 18 tahun
dipercayai terbabit dengan 16 kes samun warga emas dan penghantar surat
khabar di daerah ini sejak Januari lalu, katanya pada sidang media, di
sini hari ini.
Menurut
Salehhudin, kumpulan itu lazimnya menyamun pada awal dinihari dan
menyasarkan penunggang motosikal dengan menendang motosikal mangsa
sehingga terjatuh sebelum mengugut mereka dengan sebatang besi.
Polis
juga merampas tiga motosikal daripada suspek dengan dua daripadanya
dilapor hilang di Plaza Mahkota serta Telok Mas selain sebatang besi
yang dipercayai diguna untuk kegiatan kumpulan berkenaan.
Katanya
hasil ujian air kencing mendapati enam daripada suspek positif dadah
manakala siasatan awal pula mendapati seorang suspek mempunyai rekod
jenayah lampai bersabit dadah.
Suspek kini direman sehingga 17 April bagi membantu siasatan, katanya. - BERNAMA