Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpas Geng Man Bengkel Rampas Barangan Bernilai Rm300 000

Published: 04 Jul 2016 8.52 AM Updated: 15 Aug 2026 7.24 PM
Melaka, 4 Julai 2016 - Polis Melaka menumpaskan geng 'Man Bengkel' yang dipercayai terbabit dalam pelbagai jenayah termasuk pecah rumah dan ragut susulan penangkapan empat lelaki termasuk ketuanya dalam dua serbuan berasingan di kawasan Tanjung Kling di sini, 28 Jun lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-geng-man-bengkel-rampas-barangan-bernilai-rm300-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:04 MYT
Melaka, 4 Julai 2016 - Polis Melaka menumpaskan geng 'Man Bengkel' yang dipercayai terbabit dalam pelbagai jenayah termasuk pecah rumah dan ragut  susulan penangkapan empat lelaki termasuk ketuanya dalam dua serbuan berasingan di kawasan Tanjung Kling di sini, 28 Jun lepas.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ramli Din berkata kesemua suspek berusia 21 dan 30 tahun termasuk ketua gengnya berusia 21 tahun itu ditahan pada kira-kira 10 malam dan kesemua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Selain itu, polis turut merampas pelbagai barangan elektrik antaranya dua buah televisyen, empat motosikal RXZ dan 148 eksesori motosikal yang telah dileraikan dengan nilai dianggarkan lebih RM300,000, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menjumpai dua bilah pedang samurai yang dipercayai digunakan ketika melakukan jenayah dan kumpulan itu menjadikan bengkel motosikal milik ketua mereka sebagai 'port' meleraikan motosikal yang dicuri dan juga menghisap dadah.

Katanya siasatan awal mendapat kesemua anggota geng berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau antaranya pecah rumah, curi dan dadah dan mereka telah terlibat dalam pelbagai jenayah sejak 2012.

Berikutan penahanan suspek tersebut, Ramli percaya polis dapat menyelesaikan
sekurang-kurangnya 11 kes pecah rumah, ragut dan samun.- BERNAMA
ArticlePublished 04 Jul 2016 8.52 AMUpdated 15 Aug 2026 7.24 PM