Polis Tumpas Geng Curi Kereta Kancil Di Kuala Lumpur
Kuala Lumpur - 24 Jun 2009, Polis Sentul Berjaya menumpas sindiket curi kereta Perodua Kancil dengan tertangkapnya seorang lelaki berbangsa Indi di Kepong. Hasil dari siasatan yang dijalankan ke atas saspek, polis telah Berjaya merampas sebanyak 15 buah kereta curi jenis Produa Kancil di sekitar Kepong dan Gombak.
Walaubagaimanapun (4) orang ahli kumpulan ini masih bebas tetapi pengenalan diri telah dikenalpasti dan usaha mengesan saki baki kumpulan ini masih diteruskan.
Ahli kumpulan ini menjadikan kereta jenis Produa Kancil sebagai sasarab kerana ianya mudah dicuri serta mempunyai permintaan yang tinggi dipasaran ke atas komponen-komponen kenderaan tersebut. Manakala beberapa komponen lain seperti tayar dan bateri akan dijual kepada peniaga barang-barang lusuh.
Kesemua rampasan yang dibuat dianggarkan sebanyak RM150,000 dan saspek ditahan remand an disiasat di bawah Sek. 379A KK.