Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpas Geng Curi Kenderaan Berat Babit Kerugian Rm700

Published: 18 Jun 2014 1.32 AM Updated: 15 Aug 2026 7.40 PM
Kuala Lumpur, 24 Sept - Polis berjaya menumpaskan sindiket curi kenderaan berat membabitkan kerugian sekitar RM700,000 susulan penahanan empat lelaki termasuk seorang anggota kongsi gelap dalam tiga s..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-geng-curi-kenderaan-berat-babit-kerugian-rm700
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:58 MYT

Kuala Lumpur, 24 Sept - Polis berjaya menumpaskan sindiket curi kenderaan berat membabitkan kerugian sekitar RM700,000 susulan penahanan empat lelaki termasuk seorang anggota kongsi gelap dalam tiga serbuan sejak Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata suspek diberkas oleh pasukan polis daripada Ops Cantas Khas di sekitar Sungai Besi, Seri Kembangan dan Serdang.

Dalam serbuan pertama, polis memberkas dua lelaki di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah flat di Sungai Besi dan di situ polis merampas beberapa peralatan mencuri kenderaan berat termasuk kunci, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata susulan penangkapan itu, polis memberkas dua lagi suspek iaitu masing-masing di Serdang dan Seri Kembangan pada Sabtu lalu.

Hasil siasatan ke atas empat lelaki berkenaan, polis menemui semula beberapa kenderaan berat yang dipercayai dicuri kumpulan itu termasuk dua jentolak dan jentera penggelek jalan yang disembunyikan di bawah jambatan di Sungai Besi.

"Polis turut merampas sebuah lori pengangkut kenderaan berat yang disewa kumpulan berkenaan untuk mengangkut kenderaan yang dicuri. Kita percaya suspek sembunyikan kesemua kenderaan itu sementara menanti pembeli," katanya.

Mohan Singh berkata modus operandi kumpulan itu yang dipercayai aktif sejak enam bulan lalu adalah mencuri di tapak pembinaan yang tidak dikawal atau tidak beroperasi di sekitar Lembah Klang.

Polis kini memburu lima lagi termasuk ketua mereka yang digelar 'Boy', katanya menambah empat suspek berusia antara 31 dan 44 tahun itu ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Akta Pertubuhan 1966.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.32 AMUpdated 15 Aug 2026 7.40 PM