Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpas Geng Amir Kembar

Diterbitkan: 29 Aug 2016 1.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Perbuatan terdesak dua beradik kembar cuba menyamun kedai emas untuk mencari duit membayar hutang ah long membawa padah apabila mereka diberkas polis di Teluk Kalong dekat sini Jumaat lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-geng-amir-kembar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:51 MYT
Perbuatan terdesak dua beradik kembar cuba menyamun kedai emas untuk mencari duit membayar hutang ah long membawa padah apabila mereka diberkas polis di Teluk Kalong dekat sini Jumaat lalu. 

Mereka berasal dari Cheras, Selangor yang dikenali sebagai Geng Amir Kembar dipercayai cuba merompak dua kedai emas di pusat komersial Sura Gate dan Kuala Dungun, Dungun masing-masing pada 20 Ogos dan Khamis lalu.

Bagi kedua-dua percubaan menyamun terbabit, dua beradik lelaki yang mempunyai wajah seiras berusia 25 tahun itu menggunakan modus operandi sama iaitu menyamar sebagai wanita dan orang alim dengan bersenjatakan pistol tiruan. 

Kedua-dua suspek direman selama empat hari hingga Selasa ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan, Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 25(l)(e) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Sumber: Kosmo

Polis Tumpas Geng Amir Kembar
ArtikelDiterbitkan 29 Aug 2016 1.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM