Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpas Geng Ah Boi

Published: 16 Jun 2014 8.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
POLIS TUMPAS GENG AH BOI : Sindiket curi kereta geng Ah Boi diberkas polis dalam beberapa serbuan di Klang, baru-baru ini. Menurut KPD Klang Utara, SUPT Mohamad Shukor Sulong, empat kereta yang dir..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-geng-ah-boi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:43 MYT
POLIS TUMPAS GENG AH BOI : Sindiket curi kereta geng Ah Boi diberkas polis dalam beberapa serbuan di Klang, baru-baru ini.

Menurut KPD Klang Utara, SUPT Mohamad Shukor Sulong, empat kereta yang dirampas dalam serbuan itu, dilaporkan hilang di Balai Polis Bandar Baru Klang, Sungai Way, Subang Jaya dan Seksyen 6, Shah Alam. Polis turut menjumpai peralatan curi kereta dan kunci pendua dalam kenderaan digunakan suspek.

“Kumpulan ini bergiat aktif pada waktu malam di kawasan perumahan. Hanya dalam tempoh 10 minit, kenderaan itu dapat dilarikan dan kita percaya suspek turut menjual kenderaan tersebut,” katanya.

Dua daripada tujuh suspek yang diberkas memiliki rekod jenayah lampau dan semua mereka, berumur 19 hingga 34 tahun, direman sehingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Polis Tumpas Geng Ah Boi
ArticlePublished 16 Jun 2014 8.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM