Polis Tumpas Cubaan Seludup Dadah Melalui Udara Pos 20140618
BUKIT
AMAN, 20 November 2013 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) pada
hari ini telah mengadakan satu sidang media berkenaan kejayan JSJN
mematahkan beberapa cubaan menyeludup dadah ke dalam negara iaitu 3
cubaan melalui pintu masuk lapangan terbang dan 2 lagi cubaan
menggunakan perkhidmatan penghantaran barang antarabangsa.
Tangkapan
pertama dibuat ke atas seorang penumpang pesawat wanita warganegara
China yang baru turun dari pesawat dan pihak polis telah merampas 3
bungkusan dadah jenis syabu yang disembunyikan di ruang yang telah
diubahsuai di bahagian bawah beg dengan anggaran berat 2.1kg bernilai
RM315,000.00 .
Manakala
tangkapan kedua dibuat pada hari yang sama terhadap seorang wanita
warganegara Filipina yang baru tiba dari Macau. Dalam tangkapan
tersebut,polis berjaya merampas 6 bungkusan aluminium berisi dadah jenis
syabu dengan anggaran berat 3kg bernilai RM450,000.00 yang
disembunyikan di dalam kotak susu.
Tangkapan
ketiga pula dibuat ke atas seorang penumpang pesawat lelaki warganegara
India yang tiba dari New Delhi yang mendarat di LTSAS, Kuantan dengan
membawa dadah jenis Syabu dengan berat anggaran 2.9kg bernilai
RM435,00.00. Dadah terbabit disembunyikan dalam 4 buah kotak di ruang
beg yang telah diubahsuai dan di bawah tapak sepasang kasut.
Dua
cubaan menyeludup yang lain pula, pada 18 November lalu, polis pihak
polis telah merampas sebuah kotak yang mengandungi sebatang silinder
(oil filter) di pejabat syarikat penghantaran antarabangsa KLIA, Sepang
yang mengandungi 6 peket plastik mengandungi dadah jenis Syabu yang
ditampal di sekeliling bahagian dalam silinder.
Pada
hari yang sama juga pihak polis berjaya menahan 5 orang ahli sindiket
yang terdiri daripada 1 lelaki dan 3 wanita warga tempatan serta 1
lelaki warganegara Nigeria yang sedang memunggah keluar dua buah kotak
dari sebuah kenderaan di hadapan sebuah hotel di Jalan Ipoh, Hasil
pemeriksaan mendapati kedua-dua kotak tersebut mengandungi 160 peket
plastik berisi dadah jenis syabu dengan berat anggaran 3.4kg dan nilai
anggaran RM510,000.00 yang disembunyikan di bahagian dalam pengecas
bateri telefon bimbit.
Salah
seorang wanita terbabit, merupakan isteri kepada seorang lelaki warga
Nigeria yang telah ditangkap kerana menjadi dalang kepada satu sindiket
pengedaran dadah yang berjaya ditumpaskan pada tahun 2012 yang lepas.
Kesemua
yang ditangkap adalah berumur antara 27 hingga 47 tahun kini ditahan
reman dan disiasat di bawah Sek.39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang
boleh dihukum mati mandatori jika disabitkan kesalahan.





Sumber : Unit Portal Dan Media Rasmi PDRM