KOTA BHARU: Sebuah unit khas telah ditubuhkan bagi menyiasat ugutan bunuh ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman sosial pada Selasa lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, unit khas yang ditubuhkan itu juga telah mengambil alih siasatan bagi mengenal pasti kumpulan anak muda yang menggelar diri mereka 'Anak Malaysia Anti Demokrasi'.
Beliau berkata, pihaknya telah memohon bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam klip video ugutan tersebut.
"Ekoran ugutan itu, laporan polis telah dibuat dan satu unit khas yang bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan di Bukit Aman telah mengambil alih siasatan.
"Kita juga tidak menolak kemungkinan klip video itu dibuat oleh kumpulan anak muda yang berada di luar negara sebab dalam dunia sekarang ini di alam maya mereka boleh berada di mana-mana saja,"katanya lagi.
Sumber: Utusan Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Polis Tubuh Unit Khas
Sebuah unit khas telah ditubuhkan bagi menyiasat ugutan bunuh ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman sosial pada Selasa lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tubuh-unit-khas
Scan to view the latest live version.