Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Trafik Sandakan Saman Enam Kereta Tiada Permit Pengangkutan Awam

Published: 19 Aug 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Enam bas mini dan sebuah kereta yang digunakan sebagai pengangkutan awam tanpa permit yang sah, disaman dalam Op Sapu oleh Polis Trafik di Jalan Karamunting, dekat sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-trafik-sandakan-saman-enam-kereta-tiada-permit-pengangkutan-awam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:56 MYT

Sandakan, 19 Ogos - Enam bas mini dan sebuah kereta yang digunakan sebagai pengangkutan awam tanpa permit yang sah, disaman dalam Op Sapu oleh Polis Trafik di Jalan Karamunting, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Md Zain berkata kesemua pemandu kenderaan tersebut diambil tindakan mengikut Seksyen 33 Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Katanya sebagai kesalahan pertama, pemilik tujuh kenderaan itu dikenakan saman dan jika mengulangi perbuatan yang sama, kenderaan mereka akan disita.

Zabidi berkata operasi itu memberi tumpuan kepada kegiatan kereta sapu yang mengangkut penumpang secara haram.

Menurutnya, kegiatan kereta sapu turut menyumbang kepada pergerakan pendatang asing tanpa izin di daerah ini.

Selain itu, katanya kegiatan kereta sapu juga menjejaskan pendapatan pemandu bas mini yang beroperasi secara sah. - BERNAMA

ArticlePublished 19 Aug 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM