Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Trafik Lancar Op Roda Di Peringkat Sekolah

Published: 12 May 2015 9.06 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Shah Alam, 12 Mei – Trafik Bukit Aman telah melancarkan Op Roda di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun, Shah Alam hari ini dalam memberi kesedaran mengenai keselamatan jalan raya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-trafik-lancar-op-roda-di-peringkat-sekolah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:43 MYT
Shah Alam, 12 Mei – Trafik Bukit Aman telah melancarkan Op Roda di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun, Shah Alam hari ini dalam memberi kesedaran mengenai keselamatan jalan raya.

Timbalan Ketua Trafik Pasukan ACP Mahamad Akhir Darus, berkata ini adalah satu usaha pihak polis untuk menasihati golongan remaja yang bermotosikal untuk terus mengutamakan keselamatan ketika menunggang.

“Op Roda kali ini lebih memfokuskan kepada pengguna motosikal kerana berdasarkan statistik, penyumbang utama kematian di jalan raya merupakan dari golongan itu.

“Dalam tempoh empat bulan iaitu dari Januari sehingga April tahun ini, sebanyak 13 kes kematian, 14 kes cedera parah dan 25 kes cedera ringan bagi pelajar sekolah rendah dicatat manakala 300 kes kematian, 111 kes cedera parah dan 231 kes cedera ringan melibatkan pelajar sekolah menengah”,katanya dalam satu sesi sidang media pagi tadi.

Mahamad juga berkata sikap dan tanggungjawab mengenai keselamatan jalan raya harus diterapkan semenjak di peringkat alam persekolahan lagi.

Disamping itu pelbagai pihak seperti guru disiplin, Persatuan Ibu Bapa Guru, warden lalu lintas sekolah dan pegawai perhubungan sekolah juga boleh memainkan peranan dalam memberi kesedaran tentang aspek keselamatan jalan raya.

_MG_2492
Antara pelajar yang disaman.

_MG_2546
ACP Mahamad Akhir Darus turut memeriksa dokumen pelajar.

_MG_2567
ACP Mahamad Akhir Darus turut menasihati pelajar-pelajar mengenai keselamatan dan undang-undang jalan raya.

_MG_2602
Sekitar operasi.

_MG_2625
Sekitar operasi.
ArticlePublished 12 May 2015 9.06 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM