Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Trafik Kl Keluar 152 Saman Dalam Ops Bersepadu

Published: 17 May 2015 6.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 17 Mei - Sejumlah 152 saman dikeluarkan Polis Trafik Kuala Lumpur dalam Op Bersepadu yang dijalankan di Plaza Tol Batu menghala ke Jalan Duta (Lebuhraya Duke), malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-trafik-kl-keluar-152-saman-dalam-ops-bersepadu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:44 MYT

Kuala Lumpur, 17 Mei - Sejumlah 152 saman dikeluarkan Polis Trafik Kuala Lumpur dalam Op Bersepadu yang dijalankan di Plaza Tol Batu menghala ke Jalan Duta (Lebuhraya Duke), malam tadi.

Pegawai Penguatkuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur ASP Sahimi Husin berkata sebanyak 67 buah motosikal dan 85 kereta telah diperiksa dan dikenakan tindakan saman dalam operasi selama dua jam bermula 10.30 malam tadi melibatkan tiga pegawa...i, 28 anggota trafik serta lapan Sukarelawan Simpanan Polis (PVR).

"Sebanyak 60 saman dikeluarkan atas kesalahan mengubah suai nombor plat kenderaan, tiada lesen memandu (26 saman), cukai jalan tamat tempoh (10 saman) dan lesen tamat tempoh (24 saman)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya sebanyak 14 saman turut dikeluarkan atas kesalahan tiada cermin sisi selain 18 saman bagi kesalahan had laju.

Menurutnya, dua wanita warga asing turut ditahan atas kesalahan tiada dokumen pengenalan diri yang sah.- BERNAMA

ArticlePublished 17 May 2015 6.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM