Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Timur Laut Tubuh Unit Khas Banteras Judi

Published: 03 Sep 2018 8.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
George Town, 3 September 2018 - Satu unit khas akan ditubuh di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi membanteras segala bentuk aktiviti perjudian di daerah ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-timur-laut-tubuh-unit-khas-banteras-judi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:06 MYT

George Town, 3 September 2018 - Satu unit khas akan ditubuh di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi membanteras segala bentuk aktiviti perjudian di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang yang baru menerima tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah ini berkata, penubuhan unit itu adalah selaras dengan fokus utama beliau iaitu untuk membanteras perjudian dan mengurangkan kadar jenayah.

"Saya akan memberi komitmen sepenuhnya sebagai ketua polis daerah terutama dalam aspek membanteras aktiviti judi di daerah ini dan dalam masa sama berjanji akan berusaha mengurangkan jenayah lain terutama jenayah jalanan seperti samun, curi dan pecah rumah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini.

Che Zamani, 57, yang sebelum ini adalah Pegawai Turus Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerima tugas daripada Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V.Saravanan. Majlis disaksikan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik.

Beliau yang telah 36 tahun berkhidmat dalam polis pernah menjadi pegawai penyiasat, pegawai pendakwa, ketua bahagian siasatan jenayah serta pegawai turus trafik dan pelbagai jawatan lagi. - BERNAMA

ArticlePublished 03 Sep 2018 8.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM