Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Terengganu Tahan 15 Individu Rampas Mercun Bunga Api

Published: 17 Jun 2014 8.19 AM Updated: 15 Aug 2026 7.43 PM
Kuala Terengganu, 31 Julai - Polis Terengganu menahan 15 individu dan merampas mercun dan bunga api bernilai RM10,000 dalam serbuan di seluruh negeri dari 10 Julai hingga semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-terengganu-tahan-15-individu-rampas-mercun-bunga-api
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:14 MYT

Kuala Terengganu, 31 Julai - Polis Terengganu menahan 15 individu dan merampas mercun dan bunga api bernilai RM10,000 dalam serbuan di seluruh negeri dari 10 Julai hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K.Manoharan berkata mereka berumur antara 20 hingga 40 tahun ditahan dalam serbuan di rumah, bazar Ramadan dan pasar malam hasil maklumat awam.

Lapan daripada mereka telah dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, katanya
kepada pemberita di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penjualan mercun boleh menyalurkannya ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di talian 09-6354722 atau mana-mana balai polis. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.19 AMUpdated 15 Aug 2026 7.43 PM