Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Terengganu Rampas Dadah Rm2 6 Juta Sepanjang Tahun Lalu

Published: 14 Jan 2016 7.40 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Terengganu, 14 Jan- Polis Terengganu berjaya merampas pelbagai dadah yang dianggarkan bernilai RM2.6 Juta dalam operasi agresif membanteras dadah sepanjang tahun lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-terengganu-rampas-dadah-rm2-6-juta-sepanjang-tahun-lalu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:31 MYT

Kuala Terengganu, 14 Jan- Polis Terengganu berjaya merampas pelbagai dadah yang dianggarkan bernilai RM2.6 Juta dalam operasi agresif membanteras dadah sepanjang tahun lepas.

Ketua Polis Terengganu Dato' Rosli Ab Rahman berkata dalam tempoh 12 bulan itu juga, pihaknya berjaya menyita dan merampas harta milik pengedar dadah bernilai lebih RM1.7 Juta.

Katanya tindakan itu merupakan antara pendekatan Jabatan Narkotik bagi mengekang masalah pengedaran dadah di negeri ini.

"Menerusi operasi dan serbuan yang dilakukan di negeri ini kita berjaya merampas pelbagai dadah seperti Heroin, Pil Yaba, Syabu, Ganja, Air Ketum serta pil ecstasy," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di sini hari ini.

Rosli berkata sepanjang tahun lepas juga, sebanyak 13,596 pesalah dadah ditangkap atas pelbagai kesalahan berbanding 12,212, tahun sebelumnya.

Dalam perkembangan lain Rosli berkata pihaknya akan terus meningkatkan penguatkuasaan dan operasi termasuk di laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Katanya langkah tersebut dilaksanakan bagi memastikan kadar kemalangan berkurangan khususnya kemalangan maut.

Selain itu, beliau berkata Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Terengganu berjaya menduduki tempat ketiga terbaik seluruh negara dalam operasi 'Op Selamat' yang memberi penekanan kepada aspek keselamatan pengguna jalan raya sempena musim perayaan.

Bagi peringkat daerah pula, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang telah mendapat tempat ketiga daripada 156 daerah.- BERNAMA

ArticlePublished 14 Jan 2016 7.40 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM