Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Terengganu Kurangkan Jenayah Menerusi Pendekatan Bersama Masyarakat

Published: 02 Nov 2016 7.08 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Terengganu, 2 November 2016 - Polis Terengganu menggunakan pendekatan bersama masyarakat dalam usaha mengurangkan kadar jenayah dan ketakutan terhadap berita palsu yang diviralkan menerusi laman sosial.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-terengganu-kurangkan-jenayah-menerusi-pendekatan-bersama-masyarakat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT

Kuala Terengganu, 2 November 2016 - Polis Terengganu menggunakan pendekatan bersama masyarakat dalam usaha mengurangkan kadar jenayah dan ketakutan terhadap berita palsu yang diviralkan menerusi laman sosial.

Timbalan Ketua Polis Kuala Terengganu Supt Suffian Sulaiman berkata kerjasama sedemikian telah lama terjalin namun ia perlu ditambah baik termasuk bekerjasama dengan mereka yang terlibat dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS).

"Kita mahu mengurangkan ketakutan masyarakat terhadap jenayah supaya mereka rasa selamat dan ini dapat dicapai jika ada kerjasama erat antara polis dan masyarakat.

"Penglibatan dan peranan masyarakat adalah penting sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di negeri ini sekaligus dapat meningkatkan kepercayaan mereka kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Selain itu, polis juga mengadakan program Jom Ronda, 1Polis 1Masjid dan kayuhan santai bersama masyarakat.-BERNAMA

ArticlePublished 02 Nov 2016 7.08 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM