Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Temui Semula Jongkong Emas

Published: 13 Jun 2014 2.42 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menemui semula lebih 300 ketulan jongkong timah bernilai kira-kira RM2 juta, tidak sampai 48 jam selepas dirompak dari sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Senai Fasa 3, Senai..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-temui-semula-jongkong-emas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:11 MYT

JOHOR BAHRU 5 November – Polis menemui semula lebih 300 ketulan jongkong timah bernilai kira-kira RM2 juta, tidak sampai 48 jam selepas dirompak dari sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Senai Fasa 3, Senai dekat sini pada 24 Oktober lalu.

Rompakan tersebut dilakukan kira-kira 15 lelaki bersenjatakan parang kira-kira pukul 10.30 malam.

Timbalan Ketua Polis Johor, Dato' Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam tempoh berkenaan juga, seramai 21 suspek ditahan di dua lokasi jongkong itu disembunyikan.

Katanya, dua yang ditahan merupakan pemandu lori, seorang orang tengah yang menguruskan penjualan, tujuh orang terlibat dalam pembelian barang samun dan 11 pekerja di lokasi itu.

Beliau berkata, jongkong-jongkong berkenaan pula ditemui di tiga lokasi iaitu di kilang kitar semula di Tampoi, Senai dan Kulaijaya.

Menurut Jalaluddin, hasil serbuan tersebut, polis berjaya merampas 289 jongkong timah dianggarkan seberat tujuh tan, 12 bongkah besar timah seberat 12 tan, 50 batang timah panjang, wang tunai RM29,000 dan tiga buah lori.

‘‘Kejadian berlaku pada 24 Oktober lalu antara pukul 10.30 malam hingga 3 pagi apabila kilang berkenaan diceroboh kira-kira 15 lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

‘‘Mereka memasuki kilang tersebut sebelum mengikat pengawal keselamatan dan tujuh pekerja kilang berkenaan selain mengurung mereka dalam bilik air,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Jalaluddin berkata, penjenayah menggunakan dua buah lori iaitu sebuah lori treler dan sebuah lori lima tan untuk mengangkut pelbagai jenis jongkong timah, perak dan tembaga yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM3 juta.

Penjenayah juga, menurutnya, berjaya melindungi identiti mereka dengan merosakkan kamera litar tertutup (CCTV) dan membawa lari unit pemprosesan pusat (CPU) CCTV di kilang itu.

‘‘Mereka juga bertindak merosakkan semua CPU komputer untuk menghilangkan siri nombor barangan yang disamun. Kesemua mangsa yang dikurung berjaya melepaskan diri lebih kurang pukul 3 pagi,’’ katanya.

ArticlePublished 13 Jun 2014 2.42 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM