Polis Temui Lima Senjata Api Dalam Serbuan Di Nilai
Seremban,
17 Ogos - Polis memberkas seorang lelaki dan merampas lima senjata api
serta satu senapang panah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Enstek,
Nilai, dekat sini semalam.
Menurut
jurucakap polis, serbuan pukul 11 pagi itu pada asalnya berhubung
narkotik namun pemeriksaan oleh pasukan polis daripada bahagian narkotik
Ibu Pejabat Polis
Daerah Nilai di rumah berkenaan, menemukan dua laras senapang patah,
dua laras mesingan, sepucuk pistol dan satu senapang panah.
"Polis juga menemui beberapa butir peluru hidup," katanya di sini hari ini.
Polis
juga menemui sekotak rokok mengandungi dadah jenis syabu dipercayai
milik lelaki tempatan berusia 35 tahun itu. Menurutnya polis sedang
menyiasat motif lelaki itu menyimpan senjata terbabit.
"Kita
juga sedang menyiasat sekiranya ada individu lain yang terlibat selain
kaitan suspek dengan kes jenayah di negeri ini," katanya.
Suspek
kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam dan kes itu disiasat
mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Baharom Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Sumber : BERNAMA