Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Terlibat Kes Samun Berkumpulan Antara Lapan Ditahan D

Diterbitkan: 17 Jun 2014 8.50 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.41 PM
Kuala Lumpur, 18 Ogos - Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam kes samun berkumpulan, adalah antara lapan yang ditahan dalam Ops Cantas di sekitar Ampang...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-terlibat-kes-samun-berkumpulan-antara-lapan-ditahan-d
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:56 MYT

Kuala Lumpur, 18 Ogos - Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam kes samun berkumpulan, adalah antara lapan yang ditahan dalam Ops Cantas di sekitar Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata pemeriksaan ke atas lelaki terbabit mendapati dia memiliki empat rekod dikehendaki polis, termasuk satu kes samun berkumpulan di Hulu Klang.

Ketika ditahan, lelaki terbabit menaiki sebuah motosikal yang dilapor hilang di Pudu bulan lepas. Selain motosikal itu, turut merampas dua telefon bimbit dan wang tunai daripada lelaki terbabit.

Dalam operasi khas bersama Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu, polis turut menahan dua lelaki di Ukay Perdana dalam sekatan jalan raya kerana disyaki melakukan jenayah pecah rumah.

"Di dalam kereta terbabit, kami menemui pemutar skru, sepasang sarung tangan, dua walkie-talkie, satu pisau lipat panjang, alat semburan dan dadah jenis syabu dan eramin 5," katanya.

Amiruddin berkata seramai 10 pegawai dan 43 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah itu terlibat dalam operasi selama enam jam berakhir pukul 6 pagi ini yang merangkumi sekatan jalan raya dan pemeriksaan terhadap individu mencurigakan di restoran 24 jam di sekitar Ampang.

"Mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan 20-an yang terlibat dalam pelbagai kesalahan antaranya samun, curi kenderaan dan dadah," katanya.

Amiruddin berkata dalam operasi itu polis turut memeriksa 83 individu dan 55 kenderaan.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 8.50 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.41 PM