Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Temui Lima Senjata Api Dalam Serbuan Di Nilai

Diterbitkan: 17 Jun 2014 8.50 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.41 PM
Seremban, 17 Ogos - Polis memberkas seorang lelaki dan merampas lima senjata api serta satu senapang panah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Enstek, Nilai, dekat sini semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-temui-lima-senjata-api-dalam-serbuan-di-nilai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:58 MYT

Seremban, 17 Ogos - Polis memberkas seorang lelaki dan merampas lima senjata api serta satu senapang panah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Enstek, Nilai, dekat sini semalam.

Menurut jurucakap polis, serbuan pukul 11 pagi itu pada asalnya berhubung narkotik namun pemeriksaan oleh pasukan polis daripada bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di rumah berkenaan, menemukan dua laras senapang patah, dua laras mesingan, sepucuk pistol dan satu senapang panah.

"Polis juga menemui beberapa butir peluru hidup," katanya di sini hari ini.

Polis juga menemui sekotak rokok mengandungi dadah jenis syabu dipercayai milik lelaki tempatan berusia 35 tahun itu. Menurutnya polis sedang menyiasat motif lelaki itu menyimpan senjata terbabit.

"Kita juga sedang menyiasat sekiranya ada individu lain yang terlibat selain kaitan suspek dengan kes jenayah di negeri ini," katanya.

Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Baharom Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 8.50 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.41 PM