Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Temui Bengkel Simpan Senjata Api

Published: 10 Aug 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Perak berjaya menemui sebuah bengkel menyimpan senjata api dalam satu serbuan yang dijalankan di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-temui-bengkel-simpan-senjata-api
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:20 MYT

Kerian, 11 Ogos - Polis Perak berjaya menemui sebuah bengkel menyimpan senjata api dalam satu serbuan yang dijalankan di sini, hari ini.

Dalam operasi tersebut lima suspek telah ditahan bersama lima laras senjata api dan 12 butir peluru.

Sementara itu Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman berjaya memberkas 21 individu yang terdiri daripada warga tempatan, Mesir, Bangladesh dan Myanmar di Taiping, Perak.

Turut dirampas 13 buah lori dan sebuah pacuan empat roda yang dipercayai merupakan kenderaan curi.

Kedua-dua kejayaan tersebut dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara melalui twitter dan FB rasmi beliau sebentar tadi.
Polis Temui Bengkel Simpan Senjata Api

ArticlePublished 10 Aug 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM