Polis Tembak Mati Tiga Dipercayai Perompak Di Maran
MARAN,
28 April (Bernama) -- Polis menembak mati tiga lelaki warganegara
Indonesia selepas dipercayai merompak sebuah rumah peneroka di Felda
Jengka 18 di sini, awal Khamis..
Ketua
Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata dalam kejadian
kira-kira 3 pagi, sepasukan polis mengejar tiga lelaki terbabit yang
melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva.
Beliau
berkata suspek yang bersenjatakan parang kemudian cuba menyerang
anggota polis sebelum ditembak mati di ladang kelapa sawit berhampiran
Felda Jengka 18.