Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tawau Berjaya Capai Kpi Tahun Lepas

Published: 18 Jun 2014 7.34 AM Updated: 15 Aug 2026 7.37 PM
Tawau, 7 Jan - Polis Tawau berjaya mengawal keselamatan dan ketenteraman awam sekali gus mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) lima peratus yang ditetapkan tahun lepas, kata Ketua Polis Daerah Tawau ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tawau-berjaya-capai-kpi-tahun-lepas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:10 MYT

Tawau, 7 Jan - Polis Tawau berjaya mengawal keselamatan dan ketenteraman awam sekali gus mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) lima peratus yang ditetapkan tahun lepas, kata Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah.

Beliau berkata kadar jenayah juga berjaya dikurangkan sebanyak 5 peratus manakala kejadian pecah rumah turun 8 peratus dan pendakwaan meningkat 5.3 peratus pada tahun lepas.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua anggota yang telah bertungkus lumus bekerja dan memberi perkhidmatan kepada rakyat dalam usaha mengurangkan kadar jenayah," katanya pada perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau hari ini.

Sehubungan itu, Awang Besar meminta seluruh warga PDRM di daerah ini memulakan tugas pada tahun 2014 dengan semangat serta azam baharu dalam memberi perkhidmatan lebih cemerlang.

Pada perhimpunan bulanan pertama bagi tahun ini, sejumlah 13 pegawai dan anggota menerima sijil penghargaan daripada Pengarah Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman atas kecemerlangan yang ditunjukkan mereka manakala 42 anggota serta pegawai lain menerima sijil penghargaan daripada IPD Tawau. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 7.34 AMUpdated 15 Aug 2026 7.37 PM