Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tangkap Tiga Suspek Kes Samun Rumah Dan Kereta

Published: 24 Mar 2017 11.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis memberkas tiga suspek dan memburu dua lagi yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun rumah dan kereta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tangkap-tiga-suspek-kes-samun-rumah-dan-kereta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:36 MYT

Kuala Lumpur, 24 Mac 2017 - Polis memberkas tiga suspek dan memburu dua lagi yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun rumah dan kereta.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Shahrul Othman Mansor berkata tiga suspek berusia antara 30 dan 39 tahun terbabit ditangkap di sebuah inap desa di Nibong Tebal, Pulau Pinang kira-kira 2 pagi pada Isnin.

"Kami tubuhksan satu pasukan khas sebulan lalu bagi menyiasat kes ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya polis percaya kumpulan itu aktif dalam kegiatan tersebut sejak enam bulan lepas dan mengakibatkan kerugian sekitar RM1 juta.

Beliau juga berkata susulan tangkapan itu, polis merampas lima buah kereta dari tiga lokasi iaitu di Nibong Tebal, Pulau Pinang; serta Kota Damansara dan Jalan Klang Lama di sini.

Selain itu, polis turut merampas sebilah parang, peralatan yang dipercayai diguna untuk kegiatan pecah rumah serta barangan kemas, katanya.

- BERNAMA

ArticlePublished 24 Mar 2017 11.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM