Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tangkap Suspek Kes Pukul Sampai Mati

Diterbitkan: 28 Sep 2017 6.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kajang, 28 September 2017 - Polis tahan lelaki berusia 38 tahun di sebuah rumah di Batu 9, Cheras Kajang, 3 pagi tadi bagi membantu siasatan kes memukul seorang lelaki sampai mati, Jumaat lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tangkap-suspek-kes-pukul-sampai-mati
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:18 MYT

POLIS TANGKAP SUSPEK KES PUKUL SAMPAI MATI

Kajang, 28 September 2017 - Polis tahan lelaki berusia 38 tahun di sebuah rumah di Batu 9, Cheras Kajang, 3 pagi tadi bagi membantu siasatan kes memukul seorang lelaki sampai mati, Jumaat lalu.

Suspek ditahan di rumah kawannya hasil intipan dan maklumat awam yang diterima sebelum sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) melakukan serbuan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar mengesahkan penangkapan suspek selepas diburu polis sejak Sabtu lalu.

Beliau berkata, suspek melarikan diri selepas mengetahui dia diburu polis selepas kejadian pada malam Jumaat lalu.

Katanya, suspek akan dibawa ke IPDTL sebelum dibawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian malam Jumaat itu, suspek bersama seorang lagi rakannya dipercayai bertindak memukul mangsa Lim Kok Boon, 33, di kawasan tempat pembuangan sampah di Blok B, Flat Kampung Melayu, Air Itam.

Mangsa dipukul dengan topi keledar sehingga pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan disahkan meninggal dunia 10 pagi Isnin.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/09/267598/update-sembunyi-di-rumah-kawan

ArtikelDiterbitkan 28 Sep 2017 6.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM