Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tangkap Lelaki Teman Wanita Aktif Proses Bahan Terlarang Sejak Enam Bulan Lalu

Published: 14 Jan 2017 5.08 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menahan seorang lelaki yang mempunyai kepakaran menghasilkan bom buatan sendiri bersama teman wanitanya yang merupakan isteri orang dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Minamah, NibungTebal, Seberang Perai di sini kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tangkap-lelaki-teman-wanita-aktif-proses-bahan-terlarang-sejak-enam-bulan-lalu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:31 MYT
Polis menahan seorang lelaki yang mempunyai kepakaran menghasilkan bom buatan sendiri bersama teman wanitanya yang merupakan isteri orang dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Minamah, NibungTebal, Seberang Perai di sini kelmarin. 

Serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai itu pada awalnya dilakukan selepas polis menerima maklumat berhubung kegiatan memproses dan menjual dadah yang dipercayai dilakukan oleh pasangan lelaki berusia 34 tatun dan wanita berusia 42 tahun itu, namun turut menjumpai bom buatan sendiri.

Siasatan awal mendapati, bom buatan sendiri itu dipercayai digunakan untuk melindungi kegiatan pasangan tersebut dalam urusan berkaitan dadah. 

Dalam serbuan itu, pihak polis turut menjumpai senjata berupa sebilah kerambit dan lapan butir peluru senapang patah jenis 12 bore serta merampas pelbagai jenis serbuk dipercayai dadah seberat kira-kira 34 gram (g).

Sumber: Kosmo

Polis Tangkap Lelaki Teman Wanita Aktif Proses Bahan Terlarang Sejak Enam Bulan Lalu
ArticlePublished 14 Jan 2017 5.08 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM