Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tangkap Lelaki Dipercayai Perdaya Wanita Lebih Rm100 0

Diterbitkan: 16 Jun 2014 4.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menangkap seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital pakar di Kota Kinabalu selepas disyaki memperdaya seorang wanita untuk menyerahkan wang lebih RM100,000 kepada..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tangkap-lelaki-dipercayai-perdaya-wanita-lebih-rm100-0
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:53 MYT
LAHAD DATU, 1 April (Bernama) 
 
Polis menangkap seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital pakar di Kota Kinabalu selepas disyaki memperdaya seorang wanita untuk menyerahkan wang lebih RM100,000 kepadanya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Shamsudin Mat berkata lelaki berumur 28 tahun itu ditangkap di Jalan Lintas, Kota Kinabalu, pada 25 Mac lalu selepas salah seorang mangsanya membuat aduan polis.

Bercakap kepada pemberita di sini, Jumaat, beliau berkata wanita itu mengenali lelaki itu pada 10 Jan lalu sebelum jatuh cinta selepas beberapa kali berhubungan melalui telefon.

Sejak perkenalan itu sehingga 15 Feb lalu, suspek dikatakan sering meminta wang daripada mangsa kononnya untuk membiayai pembedahan ibunya yang didakwa menghidap sakit kanser tulang belakang dan memerlukan pembedahan segera.

Shamsudin berkata mangsa juga mendakwa telah diperdaya lelaki itu untuk membuat pinjaman bank sebanyak RM105,000 dan semua wang berkenaan telah diserahkan kepada suspek yang berjanji akan membayar balik.

Bagaimanapun, pada pertengahan Feb lalu, mangsa mendapat tahu bahawa teman lelakinya itu ialah teman lelaki rakannya yang turut diperdaya suspek dengan menggunakan taktik yang sama.

"Saya meminta mana-mana anggota masyarakat yang pernah diperdaya suspek supaya tampil membuat aduan polis. Saya juga ingin menasihatkan golongan wanita supaya lebih waspada apabila dihampiri orang yang tidak dikenali," katanya.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 4.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM