Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Warga Singapura Dipercayai Terlibat Penipuan Dapatkan Gelaran Datuk

Diterbitkan: 25 Sep 2016 3.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menahan seorang lelaki warga Singapura yang dipercayai menjadi dalang sindiket penipuan mendapatkan gelaran 'Datuk' di Macap Baru, Durian Tunggal di Melaka, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-warga-singapura-dipercayai-terlibat-penipuan-dapatkan-gelaran-datuk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:44 MYT
Kuala Lumpur, 25 Sept - Polis menahan seorang lelaki warga Singapura yang dipercayai menjadi dalang sindiket penipuan mendapatkan gelaran 'Datuk' di Macap Baru, Durian Tunggal di Melaka, semalam.

 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata lelaki berumur 68 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan polis pada kira-kira pukul 10 malam.

 Beliau berkata dengan penahanan lelaki itu menjadikan jumlah keseluruhan suspek ditahan berhubung kes itu kini seramai sembilan orang.

 "Suspek itu dipercayai mengenali mangsa (peguam) dan telah direman empat hari bermula hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.

Semalam, Bernama melaporkan seramai lapan individu terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita berumur lingkungan 30 sehingga 40 tahun ditahan berhubung kes itu.

Polis menerima laporan daripada seorang peguam lelaki berusia 63 tahun yang mendakwa telah diperdaya supaya membayar RM604,000 untuk didermakan kepada
sebuah yayasan sebagai syarat untuk pengadu mendapatkan gelaran Datuk.

Mengulas mengenai tangkapan lapan suspek yang ditahan di sekitar Kelantan, Perak dan ibu negara pada Khamis lepas, Acryl Sani berkata mereka terdiri daripada pembantu peribadi, peniaga, pekerja hotel, suri rumah, pengawal keselamatan kelab malam, broker dan ejen insurans.

 "Kesemua yang ditahan dijangka dituduh di Kuching, Sarawak esok," katanya.

Katanya, setakat ini polis masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas.
- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 25 Sep 2016 3.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM