Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Wanita Rampas Lebih 3kg Dadah

Diterbitkan: 29 Jul 2016 5.01 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.23 PM
Polis menahan seorang wanita berumur 19 tahun di Lapangan Terbang Tawau serta merampas daripadanya dadah seberat 3.164 kilogram bernilai RM450,000, pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-wanita-rampas-lebih-3kg-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:24 MYT
Tawau, 29 Julai - Polis menahan seorang wanita berumur 19 tahun di Lapangan Terbang Tawau serta merampas daripadanya dadah seberat 3.164 kilogram bernilai RM450,000, pagi semalam.

 Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata wanita itu ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi oleh sepasukan polis Bahagian Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, di balai ketibaan lapangan terbang berkenaan sebaik tiba dari Kuala Lumpur.

 Katanya dadah jenis syabu berkenaan dijumpai dalam enam tin yang disimpan di sebuah beg hitam yang dibawa wanita itu.

 "Hasil pemeriksaan ke atas beg warna hitam yang dibawa suspek, polis menemui enam tin bertulis '36 PERCENT' dengan setiap tin mengandungi satu plastik yang mengandungi dadah dipercayai jenis syabu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 Menurut Fadil dalam beg berkenaan juga pihaknya menemui 23 bungkusan makanan ringan pelbagai jenama dan satu set mainan kanak-kanak.

 Katanya suspek yang merupakan seorang warga tempatan itu kini ditahan reman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 29 Jul 2016 5.01 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.23 PM