Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Wanita Pukul Kanak Kanak

Published: 20 Apr 2015 11.05 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 20 April - Polis menahan seorang wanita dipercayai memukul seorang kanak-kanak, berikutan penyebaran video yang menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-wanita-pukul-kanak-kanak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:22 MYT

Ipoh, 20 April - Polis menahan seorang wanita dipercayai memukul seorang kanak-kanak, berikutan penyebaran video yang menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata ekoran penyebaran video tersebut, pihaknya menyiasat dan mengenal pasti suspek terbabit.

Beliau berkata wanita berusia 17 tahun yang merupakan ibu kepada mangsa ditahan di Ipoh, hari ini.

"Laporan polis telah dibuat pada 19 April lepas oleh seorang wanita iaitu saudara kepada mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

Sum berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Rakaman video berdurasi 48 saat itu memaparkan seorang wanita bertindak memukul dada dan muka kanak-kanak berkenaan bertubi-tubi untuk menyuruhnya berhenti menangis.- BERNAMA

ArticlePublished 20 Apr 2015 11.05 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM