Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Wan Ji Di Seberang Jaya

Published: 13 Oct 2017 7.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
GEORGE TOWN, 13 Okt (Bernama) -- Polis hari ini menahan pegawai penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Wan Ji Wan Hussin bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis terhadap lelaki itu yang dikatakan menghina sultan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-wan-ji-di-seberang-jaya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:47 MYT

POLIS TAHAN WAN JI DI SEBERANG JAYA

GEORGE TOWN, 13 Okt (Bernama) -- Polis hari ini menahan pegawai penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Wan Ji Wan Hussin bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis terhadap lelaki itu yang dikatakan menghina sultan.

Wan Ji yang juga penceramah bebas dan aktivis Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan selepas solat Jumaat kira-kira 2.40 petang di perkarangan Masjid Sembilang di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghyee Lye ketika dihubungi mengesahkan penahanan Wan Ji dan lelaki itu telah dibawa ke Bukit Aman.

“Wan Ji disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” katanya.

Baru-baru ini, Jawatankuasa Surau Mohd Al-Fateh di Taman Pauh Jaya  membuat laporan polis terhadap Wan Ji yang didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya.

Satu lagi laporan polis dibuat di Kuala Lumpur.

Wan Ji pernah didakwa di mahkamah pada 2014 atas tuduhan menerbitkan kenyataan berbaur hasutan bagi menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui laman sosial Facebook.

--  BERNAMA

ArticlePublished 13 Oct 2017 7.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM