Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Tukang Masak Bantu Siasatan Kes Kematian Seorang Lelaki

Published: 05 Dec 2017 8.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sungai petani, 5 Disember 2017- Seorang tukang masak berusia dalam ingkungan 20-an ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki ditemui mati yang dipercayai ditikam di belakang sebuah rumah di Lorong Fairuz 3, Taman Arked dekat sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tukang-masak-bantu-siasatan-kes-kematian-seorang-lelaki
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:23 MYT

POLIS TAHAN TUKANG MASAK BANTU SIASATAN KES KEMATIAN SEORANG LELAKI

SUNGAI PETANI, 5 Dis (Bernama) -- Seorang tukang masak berusia dalam ingkungan 20-an ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki ditemui mati yang dipercayai ditikam di belakang sebuah rumah di Lorong Fairuz 3, Taman Arked dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Saifi Abdul Hamid berkata lelaki terbabit yang bekerja sebagai tukang masak di Pulau Pinang itu ditahan pada 8.30 malam di sekitar sini dan akan direman selama tiga hari bermula hari ini.

Beliau berkata suspek berkenaan juga merupakan pemilik kereta jenis Perodua Axia yang ditemui terbakar di kawasan berdekatan lokasi kejadian berkenaan.

"Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau, dan motif sebenar kejadian yang meragut nyawa seorang lelaki berusia 25 tahun semalam ini masih dalam siasatan lanjut pihak polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, mangsa yang beralamat di Nibong Tebal, Pulau Pinang itu ditemui mati dengan kesan tikaman pada bahagian dada dan cedera pada muka serta tangan yang dipercayai akibat pergelutan sebelum itu.

Polis menerima maklumat orang awam berhubung kejadian itu pada 3.07 petang semalam  dengan  memaklumkan terdapat seorang lelaki ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian berkenaan.

-- BERNAMA
ArticlePublished 05 Dec 2017 8.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM