Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Tiga Suspek Rampas Dadah Bernilai Lebih Rm40 00

Diterbitkan: 16 Jun 2014 12.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
SHAH ALAM, 23 Ogos (Bernama) -- Polis Selangor menahan seorang warga Indonesia dan dua rakyat tempatan termasuk seorang wanita dipercayai pemilik sebuah rumah dalam operasi berasingan sekitar Lembah K..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-suspek-rampas-dadah-bernilai-lebih-rm40-00
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:26 MYT

SHAH ALAM, 23 Ogos (Bernama) -- Polis Selangor menahan seorang warga Indonesia dan dua rakyat tempatan termasuk seorang wanita dipercayai pemilik sebuah rumah dalam operasi berasingan sekitar Lembah Klang pada Khamis dan Jumaat lepas.

Turut dirampas ganja mampat seberat 16.1 kg bernilai kira-kira RM40,250 dan dua buah kereta dipercayai digunakan anggota sindiket itu dalam serbuan itu yang dilakukan hasil maklumat awam, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP Nordin Kadir.

Katanya serbuan pertama membabitkan penahanan seorang lelaki Indonesia dalam sebuah kereta jenis Naza Citra sekitar Medan Maju Jaya, Jalan Klang Lama pada kira-kira pukul 7.45 malam Khamis lepas.

"Setelah diperiksa, polis menemui 7.3kg dadah jenis ganja dalam kereta itu, dan hasil soal siasat polis kemudian menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai pembekal dadah dalam sebuah kereta jenis Myvi di kawasan pasar borong Selangor serta merampas 2kg dadah jenis sama," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada hari Isnin.

Menurutnya, susulan penahanan dua suspek itu, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan dan menahan seorang wanita tempatan yang juga pemilik rumah berkenaan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita itu adalah kakak ipar kepada lelaki tempatan itu.

"Siasatan juga mendapati bekalan ganja dari utara itu adalah untuk pasaran sekitar Lembah Klang," katanya yang menambah anggota sindiket itu dipercayai telah bergerak aktif selama enam bulan.

Nordin berkata dua lelaki yang berumur dalam lingkungan 25 dan 30 tahun itu ditahan reman sehingga 28 Ogos ini, manakala suspek wanita itu sehingga 25 Ogos bagi membantu siasatan.

Katanya mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 12.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM