Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Tiga Pengedar Dadah Di Seberang Jaya

Published: 21 May 2016 6.43 AM Updated: 15 Aug 2026 7.25 PM
Bukit Mertajam, 21 Mei 2016 - Polis menahan tiga lelaki dipercayai pengedar dadah dalam serbuan di hadapan sebuah rumah di Jalan Tun Hussein Onn, Seberang Jaya di sini dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM6,000 pada Khamis lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-pengedar-dadah-di-seberang-jaya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:26 MYT
Bukit Mertajam, 21 Mei 2016 - Polis menahan tiga lelaki dipercayai pengedar dadah dalam serbuan di hadapan sebuah rumah di Jalan Tun Hussein Onn, Seberang Jaya di sini dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM6,000 pada Khamis lepas.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata
bertindak hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan polis menyerbu kawasan itu
pada pukul 10 malam dan ketika itu, lelaki berusia 33 tahun berada di situ sambil memegang satu bungkusan plastik. 

"Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis bagaimanapun gagal dan berjaya ditahan kerana pihak kami terlebih dahulu mengepung kawasan berkenaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
 
Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan ke atas lelaki itu dan bungkusan plastik yang dipegangnya, polis menemui dua paket plastik mengandungi serbuk dan ketulan heroin seberat 327 gram (g).
 
Beliau berkata susulan tangkapan itu, polis turut membuat pemeriksaan di sebuah bilik stor yang terdapat di sebelah rumah berkenaan dan menahan dua lelaki berusia 33 dan 35 tahun yang bersembunyi di situ.
 
"Pemeriksaan ke atas lelaki terbabit yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pekerja kedai besi buruk itu, polis menemui sepeket daun-daun kering dipercayai ganja seberat 3g dan tiga peket syabu kira-kira 3.4g," katanya. 

Rusli berkata polis turut merampas peralatan menghisap dadah dan peralatan untuk membungkus semula bahan terlarang itu di stor berkenaan.
 
Polis tidak menolak kemungkinan mereka yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah itu menjadikan stor berkenaan sebagai tempat membungkus semula bahan terlarang berkenaan dalam kuantiti kecil sebelum menjual kepada penagih dadah, katanya.

"Tiga lelaki itu dipercayai aktif mengedar dadah sejak beberapa bulan lepas dan siasatan juga mendapati mereka mendapatkan bekalan dadah dari sindiket sebelum menjual kepada penagih dadah di sekitar Seberang Jaya, Bukit Mertajam dan Butterworth," katanya.

Katanya mereka yang positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan narkotik serta jenayah kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

"Kes itu disiasat menurut Seksyen 39B, Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) dan
6 Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.- BERNAMA
ArticlePublished 21 May 2016 6.43 AMUpdated 15 Aug 2026 7.25 PM