Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Tiga Penagih Di Felda Panching Timur

Published: 20 May 2015 9.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUANTAN, 20 Mei - Polis menahan tiga lelaki dipercayai penagih dadah dalam dua tangkapan berasingan di Felda Panching Timur dekat sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-penagih-di-felda-panching-timur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:24 MYT

KUANTAN, 20 Mei - Polis menahan tiga lelaki dipercayai penagih dadah dalam dua tangkapan berasingan di Felda Panching Timur dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam tangkapan pertama, dua lelaki berusia 28 dan 38 tahun ditahan pada 2.30 petang oleh anggota Balai Polis Jaya Gading semasa melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut.

"Seorang lagi lelaki berusia 39 tahun, ditahan setengah jam kemudian dan hasil pemeriksaan, polis menemui dua keratan penyedut minuman dipercayai mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

"Pada masa sama suspek juga mengaku barang tersebut adalah miliknya dan diambil dari pengedar dadah lain yang tinggal di Felda Panching Selatan," katanya.

Kesemua suspek dibawa balik ke balai dan hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah.- BERNAMA

ArticlePublished 20 May 2015 9.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM