Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Tiga Mat Rempit Di George Town

Diterbitkan: 04 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan tiga mat rempit yang sedang berlumba haram bersama sekumpulan samseng jalanan di Jalan Tengku Kudin 1, di sini tengah malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-mat-rempit-di-george-town
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:56 MYT

George Town, 4 Okt - Polis menahan tiga mat rempit yang sedang berlumba haram bersama sekumpulan samseng jalanan di Jalan Tengku Kudin 1, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata hasil risikan dan intipan, sepasukan polis menjalankan operasi di kawasan berkenaan dan mendapati kira-kira 70 penunggang motosikal sedang berlumba.

"Dalam operasi yang bermula 12.30 tengah malam itu, pihak polis mendapati sekumpulan penunggang motosikal menunggang kenderaan mereka secara bersaing dan melakukan aksi-aksi berbahaya di Jalan Tengku Kudin 1 dan Lebuh Tengku Kudin 3," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kumpulan penunggang itu membuat beberapa pusingan di kawasan berkenaan sebelum polis berjaya memintas dan menahan tiga lelaki yang sedang berlumba itu.

Penunggang motosikal yang lain berjaya melarikan diri dengan memecut laju ke arah pusat bandar, katanya.

Mior Faridalatrash berkata tiga lelaki berusia 21 hingga 24 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Seorang daripada yang ditahan itu turut positif dadah," katanya.

Sementara itu, beliau berkata dalam operasi Samseng Jalanan di sekitar George Town sehingga awal pagi ini, polis menyita sembilan motosikal kerana pemiliknya mengubah suai kenderaan.

Beliau berkata dalam operasi yang sama 46 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 04 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM