Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Tiga Lelaki Terlibat Kes Samun

Published: 15 May 2017 8.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bukit Mertajam, 14 Mei 2017- Tiga lelaki dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun dan mencederakan mangsa di daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini ditahan polis semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-lelaki-terlibat-kes-samun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:17 MYT

Bukit Mertajam, 14 Mei 2017- Tiga lelaki dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun dan mencederakan mangsa di daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata ketiga-tiga lelaki berusia 23  hingga 26 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Mertajam kira-kira pukul 2 petang.

"Berdasarkan siasatan, tiga lelaki itu terlibat dalam beberapa kes samun dan terbaru mereka turut mencederakan mangsa dengan menggunakan parang di Bukit Mertajam pada Khamis lepas.

"Mangsa wanita yang cuba mempertahankan beg tangannya daripada disamun, cedera di tangan dan belakang kepala selepas ditetak suspek dalam kejadian itu,"katanya di sini hari ini.

Menurut Nik Ros Azhan, tiga lelaki yang mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu dipercayai terlibat lebih 10 kes samun sejak bulan lepas.

-- BERNAMA       

ArticlePublished 15 May 2017 8.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM