Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Tiga Lelaki Rampas 11 Kenderaan Di Kuala Krai

Published: 19 Jun 2014 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Krai, 9 Mac - Polis menahan tiga lelaki dan merampas 11 kenderaan dipercayai barang curi dalam dua operasi di Kampung Temalir, semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-lelaki-rampas-11-kenderaan-di-kuala-krai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:31 MYT

Kuala Krai, 9 Mac - Polis menahan tiga lelaki dan merampas 11 kenderaan dipercayai barang curi dalam dua operasi di Kampung Temalir, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Ab Rahim Che Ghani berkata menerusi 'Ops Lejang, suspek yang berumur lingkungan 30-an ditahan di rumah mereka pukul 3 pagi.

"Dalam serbuan pertama, kami menahan dua lelaki di rumah yang turut dijadikan bengkel haram bersama-sama empat motosikal dan beberapa komponen yang telah dileraikan.

"Dalam serbuan kedua pada waktu yang sama, polis menahan seorang lagi lelaki dan merampas 3 kereta serta 4 motosikal di bengkel berasingan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati bengkel itu dijadikan tempat meleraikan komponen kenderaan yang dicuri.

"Kami tidak menolak kemungkinan yang kes ini akan dapat membantu kita untuk menyelesaikan lebih banyak kes berkaitan dengan kecurian kenderaan yang berlaku di daerah ini," katanya sambil menambah suspek ditahan mengikut Seksyen 29(1) Undang-undang Kesalahan Kecil 2000 kerana gagal memberi keterangan berhubung barang yang dimiliki.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM