Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Tiga Lelaki Geng Guna Di Ipoh

Published: 26 Sep 2016 11.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tiga lelaki termasuk ketua kumpulan 'Geng Guna' yang melakukan jenayah ragut dan samun ditahan polis dalam Op Cantas Khas pada Jumaat lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-lelaki-geng-guna-di-ipoh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:08 MYT
Ipoh, 26 September 2016 - Tiga lelaki termasuk ketua kumpulan 'Geng Guna' yang melakukan jenayah ragut dan samun ditahan polis dalam Op Cantas Khas pada Jumaat lepas. 

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata hasil maklumat dan risikan sekumpulan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh berjaya menahan ketua kumpulan yang berusia 18 tahun serta dua anggotanya berumur 17 dan 19 tahun itu di sekitar Tambun dan Bercham di sini. 

"Polis turut merampas tiga buah motosikal yang digunakan suspek untuk melakukan jenayah itu dan satu daripada motosikal itu adalah yang dilaporkan hilang di Bercham," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata kumpulan itu disyaki terbabit dalam lapan kes ragut dan samun membabitkan mangsa warga emas di sekitar bandar raya Ipoh terutama di kawasan
Bercham sejak Ogos lepas.

"Modus operandi kumpulan ini ialah suspek akan menolak mangsa dari arah belakang dan kemudiannya merampas barangan milik mangsa. 

"Sekiranya mangsa melawan, mereka tidak teragak-agak untuk mencederakan mangsa dengan menggunakan topi keledar motosikal dan kayu," katanya.

Sum berkata dua suspek yang berusia 17 dan 18 tahun mempunyai rekod jenayah
manakala seorang lagi suspek berumur 19 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod
jenayah lampau.

"Kesemua suspek ditahan reman selama lima hari bermula Sabtu lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya.

Menurutnya, dengan tertangkapnya kesemua suspek yang berasal dari Ipoh itu, pihak polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes ragut dan samun.- BERNAMA
ArticlePublished 26 Sep 2016 11.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM