Polis Tahan Tiga Lelaki Disyaki Terlibat Kes Samun Pecah Ru
Kota Baharu, 23 Jun - Polis Kelantan menahan tiga lelaki disyaki
terlibat dalam beberapa kes samun, pecah rumah dan ragut di daerah ini sejak beberapa bulan lepas.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan ACP
Lai Yong Heng berkata suspek, yang berusia antara 25 dan 30 tahun,
ditahan dalam tiga serbuan di Kampung Sri Cemerlang, Taman Bahagia dan Kampung Kubang Tuman di sini, Khamis lepas.
"Ekoran
penahanan ketiga-tiga suspek itu, polis turut merampas pelbagai
barangan antaranya dua pucuk pistol tiruan, dua buah komputer riba,
pelbagai jenis kad ATM, kad kredit, lesen memandu, kad pengenalan dan
pelbagai jenis barang perhiasan wanita.
"Seorang
daripada suspek turut dikehendaki polis bersabit dengan kes dadah pada
2005," katanya pada sidang akhbar di IPK Kelantan hari ini.
Beliau
berkata ketiga-tiga suspek ditahan reman empat hari bermula Jumaat
lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana
melakukan samun serta Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana samun
bersenjata.
Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata api tiruan, katanya.
Sehubungan
itu, Lai meminta individu yang pernah menjadi mangsa jenayah suspek
tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu, atau menghubungi
09-7752 200 bagi membantu siasatan.
Sumber : BERNAMA