Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Tiga Lelaki Disyaki Terlibat Kes Samun Pecah Ru

Published: 17 Jun 2014 5.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Ekoran penahanan ketiga-tiga suspek itu, polis turut merampas pelbagai barangan antaranya dua pucuk pistol tiruan, dua buah komputer riba, pelbagai jenis kad ATM, kad kredit, lesen memandu, kad penge..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-lelaki-disyaki-terlibat-kes-samun-pecah-ru
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:24 MYT

Kota Baharu, 23 Jun - Polis Kelantan menahan tiga lelaki disyaki
terlibat dalam beberapa kes samun, pecah rumah dan ragut di daerah ini sejak beberapa bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata suspek, yang berusia antara 25 dan 30 tahun, ditahan dalam tiga serbuan di Kampung Sri Cemerlang, Taman Bahagia dan Kampung Kubang Tuman di sini, Khamis lepas.

"Ekoran penahanan ketiga-tiga suspek itu, polis turut merampas pelbagai barangan antaranya dua pucuk pistol tiruan, dua buah komputer riba, pelbagai jenis kad ATM, kad kredit, lesen memandu, kad pengenalan dan pelbagai jenis barang perhiasan wanita.

"Seorang daripada suspek turut dikehendaki polis bersabit dengan kes dadah pada 2005," katanya pada sidang akhbar di IPK Kelantan hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek ditahan reman empat hari bermula Jumaat lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun serta Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata api tiruan, katanya.

Sehubungan itu, Lai meminta individu yang pernah menjadi mangsa jenayah suspek tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu, atau menghubungi 09-7752 200 bagi membantu siasatan.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM