Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Tiga Kaki Samun Berjaya Selesaikan Dua Kes Di Segamat

Published: 29 May 2017 9.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Segamat, 29 Mei 2017 - Polis berjaya menyelesaikan dua kes samun bersenjatakan parang panjang membabitkan kedai telekomunikasi di daerah ini susulan penahanan tiga individu termasuk seorang wanita di sebuah hotel bajet di Johor Bahru, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-kaki-samun-berjaya-selesaikan-dua-kes-di-segamat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:24 MYT

Segamat, 29 Mei 2017 - Polis berjaya menyelesaikan dua kes samun bersenjatakan parang panjang membabitkan kedai telekomunikasi di daerah ini susulan penahanan tiga individu termasuk seorang wanita di sebuah hotel bajet di Johor Bahru, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, semua suspek ditahan hasil serbuan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor jam 11 malam.

“Siasatan mendapati suspek dipercayai terbabit sekurang-kurangnya dua kes samun berkumpulan membabitkan kedai menjual peralatan telekomunikasi di sekitar bandar Segamat.

“Polis percaya kegiatan samun itu dilakukan sejak beberapa minggu lalu. Kali terakhir ia dikesan dilakukan pada awal Mei lalu di sekitar Taman Yayasan, di sini,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 malam, seorang pemilik kedai telekomunikasi berusia 30-an kerugian ribuan ringgit apabila penjenayah melarikan puluhan telefon pintar serta peralatan dipamerkan di premisnya.

Menurutnya, ketiga-tiga supek termasuk dua daripadanya lelaki berusia 20 dan 30-an, selain seorang wanita warga tempatan berusia 20-an ditahan ketika berada di bilik hotel di sekitar Johor Bahru.

Katanya, semua suspek warga tempatan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu dibawa ke IPD Segamat jam 3.30 petang, semalam.

“Polis memperoleh perintah tahanan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

ArticlePublished 29 May 2017 9.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM