Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Suami Isteri Rampas Pil Kuda Bernilai Hampir Rm

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Baharu, 31 Mac - Polis menahan sepasang suami isteri bersama 39,399 biji pil dipercayai pil kuda yang dianggar bernilai hampir RM1 juta di Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang, semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-suami-isteri-rampas-pil-kuda-bernilai-hampir-rm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:11 MYT

Kota Baharu, 31 Mac - Polis menahan sepasang suami isteri bersama 39,399 biji pil dipercayai pil kuda yang dianggar bernilai hampir RM1 juta di Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang, semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pasangan itu yang berumur 21 dan 25 tahun ditahan pada 2.45 pagi di rumah mereka oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

"Pemeriksaan ke atas pasangan terbabit membawa kepada penemuan beberapa biji pil yang disyaki pil kuda.

"Setelah disoal siasat, suspek membawa polis ke tempat dadah disembunyikan yang mana kesemua dadah itu diletakkan di dalam sebuah tin milo dan sebuah tong plastik yang ditanam dalam tanah yang terletak di hutan belakang rumah suspek," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata pihaknya turut menyita wang tunai RM39,599 dan mata wang Thailand 9,000 Bath, serta sebuah kereta Proton Wira dan sebuah motosikal.

Jalaluddin berkata dadah itu disyaki untuk diedarkan di seluruh Kelantan dan ujian awal saringan air kencing kedua-duanya didapati negatif serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Beliau berkata pasangan itu direman selama seminggu bermula semalam untuk siasatan lanjut.

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM