Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Suamai Isteri Edar Dadah

Published: 16 Jun 2014 12.52 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis Kedah menahan tiga orang termasuk sepasang suami isteri dan merampas 648 gram dadah jenis heroin bernilai hampir RM40,000 dalam dua operasi..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-suamai-isteri-edar-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:21 MYT

ALOR SETAR, 16 Ogos 2010 -- Polis Kedah menahan tiga orang termasuk sepasang suami isteri dan merampas 648 gram dadah jenis heroin bernilai hampir RM40,000 dalam dua operasi semalam.

Ketua Polis Negeri, Dato' Syed Ismail Syed Azizan berkata dalam operasi pertama polis menahan sepasang suami isteri yang menaiki sebuah kereta di persimpangan Jalan Kuala Kedah pada pukul 1.10 tengahari hasil maklumat orang ramai.

"Polis kemudian dibawa ke rumah suspek di Taman Juragan dan menemui satu plastik beg hitam di bawah katil yang mengandungi dua plastik besar lutsinar serta 36 plastik kecil berisi dadah disyaki heroin seberat kira-kira 500 gram bernilai RM35,000," katanya kepada pemberita, pada hari Isnin.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta Proton Wira, alat penimbang, telefon bimbit, barang kemas dan wang tunai berjumlah RM7,750 daripada suspek.

"Suami berumur 28 tahun mempunyai dua rekod jenayah lampau pada 2005 membabitkan dadah, manakala isteri berumur 29 tahun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau," katanya.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan ketika sedang memandu di Jalan Bandar Darul Aman-Wang Tepus dan polis menemui 148 gram dadah jenis heroin bernilai RM4,000 yang disorok di bahagian brek tangan kereta tersebut.

Syed Ismail berkata lelaki berasal dari Prai Jaya, Pulau Pinang yang bekerja sebagai juruteknik komputer itu ditahan pada pukul 8 malam tadi.

"Selepas suspek ditahan, bapanya yang berusia 50an telah mengatur perjumpaan dengan pegawai narkotik di tol Sungai Lalang, Sungai Petani dan menawarkan sogokan RM5,000 untuk melepaskan anaknya yang mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan dadah pada 2008.

"Cubaan itu gagal dan pegawai kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata pasangan suami isteri itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala lelaki berkenaan mengikut Seksyen 39A(2).

ArticlePublished 16 Jun 2014 12.52 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM