Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Sepasang Suami Isteri Dipercayai Dalang Penipuan Rumah Sewa Dalam Talian

Published: 10 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Siasatan Jenayah Komersial Johor, ACP Mah Khye Beng berkata kedua-dua suspek berumur 22 dan 23 tahun itu juga merupakan individu yang dikehendaki polis Pahang dan Perlis atas kesalahan yang sama.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-sepasang-suami-isteri-dipercayai-dalang-penipuan-rumah-sewa-dalam-talian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:51 MYT

Johor Bahru, 10 Sept - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan rumah sewa dengan tertangkapnya sepasang suami isteri yang menjadi dalang penipuan, sekali gus menyelesaikan 10 kes di beberapa negeri.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Johor, ACP Mah Khye Beng berkata kedua-dua suspek berumur 22 dan 23 tahun itu juga merupakan individu yang dikehendaki polis Pahang dan Perlis atas kesalahan yang sama.

"Polis menahan pasangan itu di sebuah hotel di Jalan Lumba Kuda, di sini petang Jumaat lepas, atas maklumat orang ramai," kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak lapan laporan telah diterima pihaknya mengenai penipuan rumah sewa secara dalam talian iaitu dua di daerah Seri Alam, empat di Johor Baharu Selatan, masing-masing satu di Johor Baharu Utara dan Nusajaya.

Sementara itu, laporan polis juga diterima masing-masing satu di Pahang dan Perlis, katanya.

Mah berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek kini direman sehingga esok di Ibu Pejabat Polis Johor Baharu Utara.

Beliau berkata modus operandi kedua-dua suspek itu ialah menipu pelanggan secara dalam talian dengan mengenakan harga sewaan yang rendah.

Pada masa sama, Mah turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan harga sewa yang rendah serta lebih berhati-hati ketika berurusan secara dalam talian. - BERNAMA

ArticlePublished 10 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM