Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Sepasang Kekasih Rampas 1 12 Kg Ketamin Di Ipoh

Diterbitkan: 07 May 2015 7.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 7 Mei - Polis menahan sepasang kekasih dan merampas 1.12 kilogram dadah jenis ketamin bernilai RM44,800 di Taman Syukur di sini, Selasa lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-sepasang-kekasih-rampas-1-12-kg-ketamin-di-ipoh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:47 MYT


Ipoh, 7 Mei - Polis menahan sepasang kekasih dan merampas 1.12 kilogram dadah jenis ketamin bernilai RM44,800 di Taman Syukur di sini, Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak, ACP Yap Toon Khuan berkata bertindak hasil maklumat awam, kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an dan 38 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di sini pada pukul 11.20 pagi.

"Lelaki berkenaan bekerja sebagai juruelektrik manakala teman wanitanya yang mempunyai perniagaan sendiri dipercayai aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak tujuh bulan lepas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Beliau berkata rumah teres dua tingkat yang disewa itu dijadikan sebagai tempat penyimpanan dadah dan dipercayai aktiviti pengedaran dadah berkenaan dilakukan di sekitar bandar raya Ipoh.

Yap berkata nilai dadah terbabit di pasaran boleh mencecah RM62,700.

Polis turut menyita sebuah kereta Proton Wira yang bernilai RM11,000, katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek masing-masing mempunyai satu dan dua rekod jenayah lampau membabitkan kes penipuan.

Hasil ujian air kencing mendapati pasangan kekasih berkenaan positif dadah jenis amfetamin, katanya.

Yap berkata kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 07 May 2015 7.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM