Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Seorang Penganggur Disyaki Pengedar Dadah

Published: 25 Jul 2017 3.06 AM Updated: 15 Aug 2026 6.32 PM
Jempul, 25 Julai 2017 - Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dalam ‘Op Tapis’ di Kampung Masjid Lonek, Batu Kikir dekat sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-seorang-penganggur-disyaki-pengedar-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:50 MYT

Jempul, 25 Julai 2017 - Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dalam ‘Op Tapis’ di Kampung Masjid Lonek, Batu Kikir dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt. Noorzainy Mohd Noor berkata suspek berusia 33 tahun itu ditahan ketika sedang duduk di atas motosikal, dipercayai menunggu penagih, di satu kawasan semak di kampung itu pada 1.40 tengah hari. 

“Suspek cuba melarikan diri namun gagal dan pemeriksaan ke atas lelaki itu menemukan 25 peket lut sinar dan tiga tiub straw, masing-masing mengandungi serbuk dan hablur disyaki dadah jenis heroin dan syabu, selain ‘foil’ (gulungan kerajang aluminium) dipercayai mengandungi pil erimin 5,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu juga positif dadah jenis morfin.

"Siasatan awal mendapati lelaki itu seorang penggangur dan mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah. Dia dikenal pasti sebagai pengedar dadah yang bergerak aktif di kawasan tersebut sejak beberapa bulan lepas,” katanya.

Noorzainy berkata kes disiasat menurut Seksyen 39B , Seksyen 39A (1) dan Seksyen 12(12) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

ArticlePublished 25 Jul 2017 3.06 AMUpdated 15 Aug 2026 6.32 PM