Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Seorang Lelaki Terlibat Kes Samun Kereta Sekitar

Published: 16 Jun 2014 12.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA LUMPUR 23 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun kenderaan di sekitar Sentul, ditahan polis di Kampung Chubadak, pada hari Isnin...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-seorang-lelaki-terlibat-kes-samun-kereta-sekitar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:44 MYT

KUALA LUMPUR 23 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun kenderaan di sekitar Sentul, ditahan polis di Kampung Chubadak, pada hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata suspek yang berumur 28 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2 pagi selepas kereta jenis Proton Wira yang dipandunya melanggar sebuah rumah di kampung tersebut ketika cuba melarikan diri daripada polis.

"Suspek dan seorang rakannya sebelum itu dikatakan berlegar-legar di kawasan Sri Rampai di sini. Selepas menerima maklumat orang ramai, sebuah kereta peronda polis tiba dan mengarahkan mereka berhenti," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun katanya, suspek enggan berbuat demikian dan memecut kereta tersebut ke arah Dang Wangi sebelum berpatah balik ke kawasan Sentul.

"Polis yang mengejar kemudian melepaskan beberapa das tembakan amaran ke udara dan meminta suspek berhenti, namun tidak diendahkan suspek yang kemudian gagal mengawal keretanya lalu terbabas sebelum melanggar sebuah rumah," katanya.

Zakaria berkata polis berjaya menahan suspek, manakala rakannya melarikan diri.

Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu suspek dilaporkan dicuri di Dang Wangi beberapa hari lalu, katanya.

"Suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau dan polis percaya dengan tertangkapnya suspek beberapa kes samun kenderaan di sekitar Sentul berjaya diselesaikan," katanya.

Suspek kini ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun.

Beliau berkata pihaknya kini memburu rakan suspek yang berjaya melarikan diri itu.

ArticlePublished 16 Jun 2014 12.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM