Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Seorang Lelaki Rampas Satu Paket Heroin Di Tampin

Diterbitkan: 27 Apr 2017 7.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tampin, 27 April 2017 – Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis heroin seberat 18.90 gram dalam satu operasi di Felda Bukit Jalor Air Kuning Selatan, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-seorang-lelaki-rampas-satu-paket-heroin-di-tampin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:12 MYT
Tampin, 27 April 2017 – Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis heroin seberat 18.90 gram dalam satu operasi di Felda Bukit Jalor Air Kuning Selatan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata suspek berusia 40 tahun itu ditahan  sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

“Pemeriksaan ke atas suspek menjumpai satu paket plastik mengandungi heroin di dalam seluar jeans yang dipakainya dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis MOP,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hamazah berkata suspek yang mempunyai satu rekod lampau, kini ditahan di lokap IPD Tampin .

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan dan Sek 15(1)(a) akta yang sama yang memperuntukkan penjara dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000. 

-- BERNAMA

 

ArtikelDiterbitkan 27 Apr 2017 7.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM