Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Seorang Lelaki Rampas Dadah Bernilai Lebih Rm100 Ribu

Published: 16 Jan 2017 2.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuantan, 15 Januari 2017 - Polis Pahang merampas dadah bernilai RM129,538 selepas menahan seorang lelaki di hadapan sebuah rumah di Taman Polo, di sini Jumaat lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-seorang-lelaki-rampas-dadah-bernilai-lebih-rm100-ribu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:41 MYT

 

Kuantan, 15 Januari 2017 - Polis Pahang merampas dadah bernilai RM129,538 selepas menahan seorang lelaki di hadapan sebuah rumah di Taman Polo, di sini Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supt Lam Thiam Huat berkata sepasukan polis menahan kereta dinaiki suspek berumur 27 tahun hasil maklumat awam, kira-kira pukul 7.45 malam.

Susulan tangkapan itu, katanya, suspek membawa polis ke sebuah rumah sewa di
Taman Kota Sultan Ahmad Shah di sini, dan polis menemukan 11,974 pil kuda dianggarkan bernilai RM119,470 serta dadah jenis syabu seberat 143.83 gram bernilai RM10,068.

"Selain itu, polis turut merampas wang tunai RM7,800, barangan kemas bernilai RM6,948 dan sebuah kereta bernilai RM45,000," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Lam berkata siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau itu dipercayai memperoleh bekalan dadah berkenaan dari negara jiran dan Kuala Lumpur untuk pasaran sekitar bandar ini dan Kemaman, Terengganu.

Beliau berkata lelaki itu ditahan reman selama seminggu mulai semalam untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu boleh dihukum gantung mandatori jika disabit kesalahan.

- BERNAMA

ArticlePublished 16 Jan 2017 2.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM